Merck Group
Merck Group

Merck Group

Merck Group atau Merck KGaA, juga dikenali sebagai Merck, ialah sebuah syarikat farmaseutikal, kimia dan sains multinasional Jerman yang beribu pejabat di Darmstadt, dengan sekitar 50,000 pekerja di sekitar 70 negara.[6] Merck ditubuhkan pada 1668 dan merupakan syarikat kimia dan farmaseutikal tertua di dunia, serta salah satu syarikat farmaseutikal terbesar di dunia.[7][8]Merck beroperasi di Eropah, Afrika, Asia, Oceania dan Amerika. Ia mempunyai pusat penyelidikan dan pembangunan utama di Darmstadt, Boston, Tokyo dan Beijing. Merck mempelopori pembuatan morfin komersial pada abad ke-19 dan memegang monopoli maya pada kokaina.Merck dimiliki secara persendirian sehingga disenaraikan secara awam di Bursa Saham Frankfurt pada tahun 1995, dan disenaraikan di indeks DAX syarikat-syarikat terkemuka Jerman. Keluarga Merck masih menguasai majoriti 70.3% saham syarikat. Kumpulan Merck merangkumi sekitar 250 syarikat di 180 negara; syarikat induk utama kumpulan ini, sejak 1995, dinamakan Merck KGaA, dan dimiliki oleh bekas syarikat induk utama, E. Merck oHG, yang kini beroperasi sebagai syarikat induk.[9][10]Syarikat famaseutikal Amerika Merck & Co. telah ditubuhkan sebagai anak syarikat Merck pada 1891, tetapi dinasionalkan oleh Amerika Syarikat pada 1917, sebelum kembali diswastakan apabila George W. Merck membeli kembali stok tersebut pada 1919.[11] Ia dikenali sebagai MSD (Merck Sharp and Dohme) di luar Amerika Utara. Merck asal dari Darmstadt memegang hak ke atas nama Merck di semua negara kecuali A.S. dan Kanada, di mana ia dikenali sebagai EMD (Emanuel Merck, Darmstadt). Pada 2015 Merck menggunapakai identiti jenama seragam baru untuk semua anak-anak syarikatnya, dan syarikat itu telah menegaskan niatnya untuk melindungi jenama "Merck sebenar" di peringkat global dan memulakan litigasi terhadap bekas anak syarikatnya yang menggunakan nama itu.Syarikat itu meraikan ulang tahun korporat ke-350 mereka pada tahun 2018.[12]

Merck Group

Industri Kimia
farmaseutikal
Tempat dibekalkan Seluruh dunia
Jumlah aset $42.13 bilion (2016)[2]
Keuntungan 1.629 bilion (2016)[1]
Induk E. Merck KG
(70.3% modal)[3][4][5]
Bilangan pekerja Ca. 50,000 (2016)
Perancang utama Stefan Oschmann (CEO dan pengerusi lembaga eksekutif), Wolfgang Büchele (Pengerusi badan seliaan)
Ibu pejabat Darmstadt, Jerman
Laman sesawang www.merckgroup.com
Pengasas Friedrich Jacob Merck
Keluaran Cecair hablur, sains hayat dan kimia prestasi, ubat bebas, molekul kecil dan biofarmaseutikal
Ditubuhkan 1668; 352 tahun yang lalu (1668)
Hasil 15.024 bilion (2016)[1]
Didagangkan sebagai FWBMRK
Jenis KGaA didagangkan secara awam

Rujukan

WikiPedia: Merck Group http://www.genengnews.com/gen-news-highlights/lega... http://ar2015.merckgroup.com/corporate-governance/... http://ar2016.merckgroup.com/corporate-governance/... http://www.merckgroup.com http://www.boerse-frankfurt.de/en/equities/search/... http://www.fr.de/rhein-main/alle-gemeinden/darmsta... http://www.ftd.de/unternehmen/firmen-des-tages/:fi... http://www.manager-magazin.de/unternehmen/artikel/... http://www.whoswho.de/bio/friedrich-jacob-merck.ht... //doi.org/10.1021%2Fie50112a030